Wednesday, 28 November 2012

Sri Munawwarah Design: Tudung Styling Session!!!!

Sri Munawwarah Design: Tudung Styling Session!!!!: Basic Tudung Styling Session with loads of fun practical ideas to bring more meaning to your daily dressing.... All ladies aged 12 years ...

Monday, 23 July 2012

Maryam & her Ramadhan...

Ha!Ha! Maryam updated - today pergi sekolah tanya kawan-kawan..."you all puasa ada rasa lapar tak?" Kawan-kawan kata "Tak."
Maryam pelik...macamana tak rasa lapar? 
Maryam kata dia lapar tapi dia tahu lapar tu sebab tak makan. Ummi kata ramai orang kat dunia ni tiap-tiap hari lapar tak makan. Sebab tu lapar pun dia tahan....

Oh anakku berfalsafah.



Sambil jalan ke masjid, ina pegang tangan Maryam & Maryam pegang tangan ayah dia bila seberang jalan. Tiba-tiba dia tarik tangan dia dari ayah dan pegang tangan ina sahaja.
Sambil jalan tu dia kata " Ummi, tadi Maryam pegang tangan ayah - batal tak wudhu' Maryam?"
I answered "Tak - ayah kan daddy Maryam...tak batal wudhu'."
She shook her head " Maryam comfusedlah...siapa sebenarnya lelaki yang batalkan wudhu' Maryam ni? Poksu boleh? Pak Tam boleh? Uncle Zaki (my staff) tu tak bolehkan? sebab dia bukan brother ummi kan?"

(Tahu pun dia rupanya...)

Sepanjang jalan naik tangga kat masjid tu dia duk confirm siapa yang batalkan wudhu' ...sampai tersenyum jemaah lain yang lalu.



ini kali pertama Maryam puasa & terawih di masjid. Tahun-tahun lepas, dia tak ikut ke masjid - hanya ikut terawih di rumah bila kami semua berjemaah di rumah.
Bila sampai masjid, ina ajak dia solat sunat masuk masjid. Dia pun ikut. Lepas azan, ina ajak dia solat sunat sebelum isya', dia ikut solat. Lepas solat isya' dia tak solat sunat tapi lepas tu dia ikut solat terawih 8 rakaat. Nampak dia penat tapi dia solat jugak.

Habis solat terawih , dia duduk kat tepi sambil ina solat witir.

Then the questions come :
"Kenapa kena solat banyak sangat? Penat Maryam fikir banyak lagi ke? Kenapa ramai orang tak balik dia solat lagi? Dia tak tired ke? dahlah puasa".

I just look at her. Tak larat nak jawab.Then she smiled...

"OOOH...Maryam tahu - semua nak pahala so that masuk syurga and Allah tak marah sebab buat naughty.....Kalau macam ni penuhlah syurga ye.."

How i wish everyone could understand and comprehend so easily....