Monday 23 August 2010

In memory of a sister........

Bekas wartawan Sukan Utusan Malaysia meninggal

20/08/2010 1:10pm



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Bekas wartawan sukan Utusan Malaysia, Sry Angreni Mohd. Zet meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di kepala selepas terjatuh ketika menghadiri mesyuarat di pejabat Amanah Raya Berhad, di sini petang semalam.
Allahyarham yang berusia 42 tahun dimasukkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 petang dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 petang.
Menurut rakannya, Norzie Mohd. Khasbie, Allahyarham yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat Amanah Raya Berhad menghadiri mesyuarat di pejabatnya kira-kira pukul 2 petang sebelum dia tiba-tiba terjatuh.
"Dia kemudian dikejarkan ke HKL. Pihak perubatan berusaha memberi rawatan pernafasan, namun pendarahan dalaman di kepalanya yang didapati telah lama berlaku menyebabkan Allahyarham tidak dapat diselamatkan.
"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar keluarga Utusan Malaysia. Allahyarham seorang yang sangat aktif berpersatuan dan pernah menjadi Exco Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)," katanya ketika menziarahi jenazah Allahyarham di HKL malam tadi.
Allahyarham meninggalkan seorang suami dan tiga orang cahaya mata.
Menurut Norzie, Allahyarham yang menetap di Puchong akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gombak tengah hari ini.
Menurut Norzie, Allahyarham juga sering dilantik menjadi panel pemilihan olahragawan dan olahragawati Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Allahyarham yang terkenal dengan penulisan sukan badminton, mula bertugas di Utusan Malaysia sejak tahun 1995 sebelum berhenti pada tahun 2005.
Allahyarham pernah bertugas di Biro Utusan Malaysia Putrajaya. - Utusan

Sunday 1 August 2010

The making of a Munawwarah Wedding..synopsis...

This is from the movie "Musang Berjanggut" which was the inspiration for the setting of Hazmi's wedding reception on July 18th @ Dewan Komuniti TTDI.
The scene is "menyambut menantu" where the new bride is taken into the istana with the groom standing by her side.

Mummy took inspiration from this movie to create the wardrobe for the bride and we worked with Radzwan to put together the groom's ensemble.....and we came up with this :-
Hazmi- Hidayah wedding reception 18 July
Bride  outfit _ Sri Munawwarah Design by Dato' Tuan Hasnah
Groom outfit _ Radzuan Radziwill
Deco : Gedung Pak Abu